KELUARGA CIKGU CHE ANA

Stick Figure Family at FreeFlashToys.com

Selasa, 19 Mei 2009

Saya Bahagia...

Hari ini hari saya merasa sungguh gembira dan bahagia. Kenapa ye???
Pagi2 lagi semasa tiba di pejabat, saya telah dipelawa oleh jiran sebelah tempat duduk saya untuk bersarapan pagi. Saya panggil dia kak Umo. Sambil bersarapan kak Umo bercerita tentang keluarganya dan bagaimana dia mendidik anaknya yang seramai 6 orang. Kagum saya mendengar ceritanya. Kak Umo seorang yang sentiasa kelihatan cool tak macam saya, asyik gabra aje pabila dapat tugasan baru. Macam mana nak jadi macam Kak UMo..nampak relax and cool.

Pesan kak Umo..sentiasa bersyukur dengan apa jua yang berlaku.MESTI ada hikmah disebalik apa jua yang terjadi/berlaku pada kita. Mungkin kita tak nampak sekarang, mungkin esok, lusa atau in the future..Sentiasa muhasabah diri sendiri. jangan berburuk sangka dengan orang lain...Jiwa dan hati kita akan tenang dan tenteram.
Itu pesan Kak Umo

Setelah difikir2kan tentang pesanan kak umo tadi..Saya redha dan bersyukur dengan ketentuan yang ALLAH SWT telah tetapkan pada saya.
Waktu berikutnya...saya lalui hari ini dengan cukup nyaman, selesa, aman, tenteram dan senyuman daripada orang2 baru saya kenali di dunia baru ini.

Untuk menjawab pertanyaan Mdm Sakila: La..SAYA BAHAGIA!
Untuk pengetahuan semua, Mdm Sakila merupakan SAHABAT pertama saya di bumi SMKSKI.
Melalui dia, saya mempelajari sistem kerja dan budaya kerja di negeri Selangor ini.Persahabatan tidak lama kerana dia bertukar ke Kelantan mengikut suami. Sekarang Mdm Sakila dah bahagia di dunia dia dan saya juga ingin bahagia sebahagia Mdm Sakila dengan cara saya tersendiri. Tapi tak daya nak ikut jejak langkah dia..ambil Master dan Phd.. tentang catatan kat blog tu. ehemmmm..ikut rajin and mood le.

Okay le for now..see u later alligatorrrr

Tiada ulasan:

Catat Ulasan