KELUARGA CIKGU CHE ANA

Stick Figure Family at FreeFlashToys.com

Khamis, 17 September 2009

Fajar Syawal sudah menjelma..

ﻪﺘﺎﻜﺮﺒﻮﷲﺍﺔﻤﺤﺭﻮﻡﻜﻴﻠﻋﻢﻼﺴﻠﺍ
Salam Syawal dan ukhwah wat semua..

Pagi ini perjalanan ke tempat kerje sungguh tenang sekali. Penghuni-penghuni Putrajaya sudah mula bergerak ke kampung halaman masing-masing. Agaknya sepi kalau beraya di sini..di tempat kerje pun sudah ada 2,3 rakan2 yang sudah mula bercuti dan seminggu ofis di tutup macam sekolah lah jugak..so tak terasa sangat le..kesedihan meninggalkan dunia persekolahan..cuti di sini okay aje selagi tak sibuk dengan kerja2 core.

Malam ini ejat balik..n atin sampai esok tghari...kakak pun nak datang jugak esok berbuka puasa di rumah on her way back to N9 ( umah suaminya)..so tak terasa sangat le kesedihan beraya di sini tanpa saudara mara sebelah saya...dapat jumpa kakak n anak2. Oppss..duit raya dah kena siap2 le..nasib baik dah tukar..ada ejen jugak kat ofis ni yang membantu kawan2 tukar duit raya..macam kat sekolah..slalunya Cgu Mazidah yang jadi ejen nya...heheha...

Tak tau nak tulis or mengayat ape lagi..fikiran tak berapa berfokus sangat..mood raya dah menyerang ofis ni..rata2 dengar lagu raya...kuih raya, baju raya, tudung raya, kasut raya, duit raya, bla..bla..bla...kat bawah pun ramai peniaga2 sibuk berjual-beli..happening betuiiii.....nak kena tinjau jugak sat lagi..kot2 ada bende yang menarik, tertarik n deBOMB..!!!! tapi kena controllllll...fulus ni...berantu!! cepat dapat..cepat abis...lepas raya makan maggiiiiii...le jawab nye..hehehe

Okay le..got to go now..panggilan rakan2 ...
See u later..take care..Salam Sayang
SELAMAT HARI RAYA & MAAF ZAHIR BATHIN
Daripada saya sekeluarga..

Khamis, 10 September 2009

Raya datang lagi..sekali setahun

ﻪﺘﺎﻜﺮﺒﻮﷲﺍﺔﻤﺤﺭﻮﻡﻜﻴﻠﻋﻢﻼﺴﻠﺍ
Salam kemesraan dan kerinduan serta
Salam ramadhan n Salam Aidil fitri...





Raya ..hoorey...Raya... akan menjelma lagi..anak2 akan balik minggu depan..terasa gumbiranya hati seorang ibu. Kini baru tahu..sedihnya hat iseorang ibu jika anak tak balik raya..n happynya hati seorang ibu jika anak2 balik beraya..tapi...semua itu dah terlewat untuk saya mengumbirakan hati seorang ibu coz.....ibu dah tiada lagi. sebab itu jugak le..saya tak terasa sangat nak beraya tahun ini..deep inside..terasa kehilangan. kalau tahun2 sebelum ini bila hubby tanya nak beraya di mana..of course..ajak balik kampung di mana ibu berada..tapi tahun ini..tak kisah nak beraya di mana2 pun..asalkan semua anak2 ada bersama...

Tahun ini..saya sekeluarga akan beraya di kampung hubby..kalau sebelum ini jugak, time2 raya kita orang pusing kelate..johor..n9..melaka..kl..tapi tahun ini..ikut aje...tak balik kelate tahun ini..mungkin if ada rezeki time raya haji nanti ...insyaallah...

Okay le..nak kemas2 ..jam 4.30 dh nak balik. Hari ini anis abis UPSR..nak kena celebrate ni..tanda berjaya menduduki exam dgn jayanya..belum tentu lagi resultnya...hehehehe..

Syabas!!! So take care n salam sayang
Adios amigos...

Rabu, 9 September 2009

ﻪﺘﺎﻜﺮﺒﻮﷲﺍﺔﻤﺤﺭﻮﻡﻜﻴﻠﻋﻢﻼﺴﻠﺍ
Salam Ramadhan dan ukhwah wat semua..

Hari ini keadaan diri dah semakin pulih..tp still tak 100% myself lagi..mungkin kerana pertukaran ubat yang diambil. Dulu amik ubat swasta, takut n malas nak pergi check kat Hospital Klang..bayar le...Now dah duduk kat sini, service kat Klinik Putrajaya lebih selesa n cepat..so dipendekkan cerita makan ubat kerajaan..dah kakitangan kerajaan..daftar le dengan kerajaan supaya in the futures..if ada apa2 kes, senang dipantau coz dah ada rekod..itu nasihat boss saya.

So saya dengan berat hati pun pergi le ke klinik kerajaan kat precint 9..so far okay. petang ini ada appointment lagi dengan doktor.. moga2 dijauhi daripada penyakit2 kronik..suspen jugak..result from amik darah semalam.

Hari ini hari ke-2 UPSR... moga2 anis dapat menjawab dengan baik. Kerisauan hati seorang ibu tetap ada meskipun anak relaks dan tenang aje..

Okay le..tak ade cerita yang menarik sangat pagi ini..Nak sambung buat kerje2 apa yang patut. Next month..parlimen dah nak bersidang..time to get buzzzyyyyyy... so now..kemas2 n update apa2 yang patut.

Bye for now..take care n tak lupa salam sayang wat semua.
Adios amigos..

Selasa, 8 September 2009

UPSR ....anak bongsuku..

Salam kemesraan dan penuh kerinduan..

Hari ini anak bongsu saya menghadapi peperiksaan UPSR.emaknya yang lebih2 terasa kecut. Anis nampak relaks dan tenang aje..moga2 dia dapat menghadapinya dengan baik. Doa saya sebagai seorang ibu semoga kejayaan dan kecemerlangan sentiasa bersama2 anak2 dan tidak lupa jugak wat anak2 di SKI ( zaf, qilla, mira, ain, sofea, jehan, alan, pejal, shafiq, farizul, isma, salleh, azam, syed, tiqah...dan ramai lagi ......tak terdaya nk sebut nama2 nye..) anyway..all the best..doa saya sentiasa bersama anak2.

Terasa gitu lama tak mengayat di ruang maya ini..bukannya sibuk sangat pun tapi..dh tak ade idea nak tulis apa. hari2 yang dilalui seperti biasa aje..ke sana sini memenuhi undangan berbuka puasa rakan2 sepanjang minggu lepas di samping mentelaah buku2 UPSR 1,2 hari sebelum anis menghadapi examnya..

Pagi ini saya ke Klinik Precint 9, check darah and amik darah...esok ada temujanji dengan doktor..mudah2an dijauhi daripada penyakit2 yang kronik. cukup le dengan yang satu ini aje..Masuk ofis hari ini jam 915am..Dr Liza tolong initial kan tanda telah dimaklumkan..

Mood tak berapa cantik hari ini..terasa lemah aje.. Okayle..got to go now. See you guys later and tak lupa salam sayang n take care okay..

Adios amigos....



Okay le..

Rabu, 2 September 2009

Hujan...rintik-rintik

ﻪﺘﺎﻜﺮﺒﻮﷲﺍﺔﻤﺤﺭﻮﻡﻜﻴﻠﻋﻢﻼﺴﻠﺍ
Salam kerinduan dan kemesraan wat semua..

Semalaman..Putrajaya dibasahi dengan hujan ..bermula dengan rintik-rintik dan ianya berterusan semalaman. Tidur malam tadi pun dalam keadaan yang cukup nyaman dan sejuk tanpa alat penyaman udara/ air con..terkejut jaga kerana anis merengek kesejukan. Jam dah menunjukkan jam 4.15am..Bangun dalam keadaan yang cukup tidur coz malam tadi saya sekeluarga memang masuk tidur awal..

So dipendekkan cerita, sahur..goreng ikan dan sup ayam..Hari ini cuaca di luar masih belum nampak mega merah sang matahari. Saya sebenarnya tak kisah kalau nak hujan lagi hari ini, berpuasa dalam keadaan tenang gini..okay aje. Tak terasa sangat bahang dan letih. Tapi kasihan semalam hubby ke rumah kat SKI, menanggalkan air-con dibantu oleh beberapa orang pekerja vietnam..balik rumah semalam pun dah lepas waktu berbuka. Nampak letih benar...So esok serah kunci kat Landlord..dah tak de umah utk Hubby tumpang sementara menunggu anis balik dari sekolah agama, Nampak gayanye terpaksa le dia stay on kat ofis dia till tiba waktu untuk pick-up anis from school.

Minggu depan dah UPSR..hai anakku..moga2 diberi ketinggian akal fikiran dan ketenangan diri untuk menghadapinya..gitu jua diharapkan pada semua anak2 yang berada di SMKSKI esp. my upper six (anak2 6A1, 6A2 n 6A3) ...moga berjaya dengan cemerlang. YOU ALL BOLEH!!!

Wokey...kerje sudah mari..nak pegi mengadap kerje sekejab n tengok2 what are the things that to be done for today..mesti solosaikan today...

So See u all later ..take care n salam sayang.
Adios amigos..

Selasa, 1 September 2009

BACK TO NORMAL..

ﻪﺘﺎﻜﺮﺒﻮﷲﺍﺔﻤﺤﺭﻮﻡﻜﻴﻠﻋﻢﻼﺴﻠﺍ
Salam Kerinduan dan Kemesraan wat semua..

Hari ini sudah masuk hari ke-11 kita menjalani ibadah puasa..dah semalam anak2ku sudah pulang ke tempat mereka menimba n menagih ilmu dan keadaan di rumah dah back to normal..seperti sediakala..hanya tinggal, hubby, anis dan saya...seminggu abang dan kakak berpuasa di rumah..dan seperti selalunya, bila nak balik ke hostel masing2 liat dan berat aje..ejat(abang) nampak benar ketidakrelaan dia untuk pulang ke hostel.hinggakan nak suruh gunting rambutpun, dia dah menunjukkan reaksi yang protes..puas pujuk, akhirnya dia akur..dan pulang ke hostel dengan rambut yang agak pendek..selepas bersahur McD di LCCT. atas permintaan anak2..Balik dari hantar ejat..lepak..Petangnya plak hantar kakak. KL agak lengang esp today..31st August (Hari Kemerdekaan ke 52). Atin (kakak) okay aje sepanjang perjalanan ke Hentian Putra. Mara Liner datang tepat jam 4.30 petang. Ada beberapa orang pelajar SSBP dalam bus. So tak le risau sangat untuk melepaskan dia pulang coz arrival time pada malam hari. Malam tadi dia called, sampai jam 10.30mlm.,berbuka puasa di RnR Machap Baru. Lega.....

Semalam kita orang berbuka puasa di Jeram, K Selangor. rumah kakak ipar..sempat singgah kat Pasar Ramadhan SKI.jumpa le..beberapa pelajar n ex pelajar yang berada di situ..sempat bertegur sapa..dan seperti biasa awal bulan..berkunjung ke rumah cikgu Mazlan..bayar / hantar duit KUTU..

Ceria aje suasana di SKI..seronok dapat jumpa muka2 yang dikenali..Suzikal; usahawan muda tekun berniaga, Yatt seperti biasa lincah n ramah bertegur sapa..Raja n the Geng..usahawan air dan beberapa orang yang tak ingat nama (X ngajar mereka) tapi mereka tegur..malu alah..beli lah juga makanan yang dijual..bawa pegi ke rumah kakak ipar. mesti abis coz ramai orang...alhamdulillah....syukur nikmat diberi rezeki untuk dikongsi dengan yang lain2.

Pagi ini datang ke tempat kerje dengan semangat n keadaan yang arap2 lebih positif. Sebenarnya keadaan diri tak berapa (100%)..myself.

Okay le..got to go now!..see u later n take care...
Salam sayang