KELUARGA CIKGU CHE ANA

Stick Figure Family at FreeFlashToys.com

Jumaat, 7 Ogos 2009

PAGI YANG INDAH..

SALAM PENUH KEMESRAAN DAN KERINDUAN WAT SEMUA..

Pagi yang indah..malam yang gelap..saya memulakan pagi ini dan hari ini dengan penuh keceriaan. harapan biarlah ianya berterusan untuk selamanya. Bersemangat dan penuh keceriaan setiap pagi untuk memulakan kehidupan, memulakan kerja dan segala-galanya.
Tambahan plak hari ini sektor saya akan memulakan hari Jumaat dengan bacaan yassin dan sarapan tajaan ketua sektor..murah rezeki Boss!!

Rakan2 yang lain belum masuk lagi. Saya orang kedua hari ini masuk ofis..memang best datang awal ni..parking senang, tak kalut2 dan jalan pun tak le sesak seperti pukul 7.30 - 8.15am..waktu2 puncak kat Putrajaya..ada kalanya sampai setengah jam berada kat bulatan nak masuk ke Parcel E...Syukur Alhamdulillah...dipermudahkan urusan setiap hari.

Knape semalam saya tak mengayat??? Sebab semalam hari yang amat tidak produktifdalam lain perkataan lazyyyyyyy leee....setiap masa..saya menguap2 dan badan letih2 memang nak lena aje..tak produktif langsung!! marah jugak pada diri ini tambahan plak semalam saya berpuasa. nak ambil berkat Nisfu Sya'ban..Tepat jam 4.30pm saya terus balik dan tidur..ngorok..jam 6.30pm hubby talipon..bergegas bangun nak solat asar..dan masak untuk makan malam..malam yang gelap. HUbby dan anis sampai rumah sebelum maghrib...badan pun dah okay sikit. ngantuk pun dah recovered/hilang..Hubby ajak g jalan2 pusing Pasar borong Selangor. jumpa member dia..Orite aje..jam 10.30mlm balik dan sambung tidur..So resultnya..pagi ini saya bangun dalam keadaan ceria..coz tidur dah cukup....Sekali lagi SYUKUR ALHAMDULILLAH..kerna dikurniakan kesejahteraan hidup...dan kebahagiaan...

Oppssss member dah datang..nak pergi greet dan catch up dengan news..
Ciao..for now and take care. Salam Sayang dari saya...

Wassallam.......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan