KELUARGA CIKGU CHE ANA

Stick Figure Family at FreeFlashToys.com

Rabu, 15 Julai 2009

Akhirnya keputusan telah dicapai..

Assalamualaikum wbt... dan salam penuh kerinduan buat semua yang menatap dan mengikuti ruang maya ini..

Awal pagi Norbia tela menalipon..bertanyakan keputusan saya samada ya atau idak..eisyyyy..siksanya nak menjawab secara terang-terangan..saya cakap tengahari sikit saya bagi jawapan..terus talipon suami minta persetujuan dan restu nya..Suami memberi sepenuh sokongan dengan keputusan saya..

Masih tidak pasti..dalam bilik air terserempak dengan Dr Liza..dia pun tanya, ana dah wat keputusan..Saya jawab.."rasanya belum khatam mengaji kat sini"..dia tersenyum lebar..seakan2 bersetuju dengan jawapan saya.

Semasa menghadiri kursus induksi petang tadi, memang banyak tanda2 keputusan yang saya ambil adalah terbaik untuk diri saya buat masa dan ketika ini. Kawan2 kat sini pun asyik menjeling ke arah saya bila bab isu2 kembali ke dunia asal di timbulkan..
Memang kena batang hidung!!! So..nekad sepertimana nekadnya saya beralih arah ke sini merenangi dunia baru... lautan ini belum puas saya terokai..masih lagi di tahap dahagakan ilmu baru.. nak berpatah balik sedangkan ilmu yang diambil belum habis..Pantang orang berilmu separuh jalan...So..Stay dengan dunia baru..maaf kawan2 SKI, bukan dah tak ingat, bukan dah lupa diri..sebab masih ingat diri dan masih ingat kawan2 le..saya tetap di sini..Tak mahu nanti, ada hati yang terluka bila saya kembali ke dunia lama, ramai dah berbahagia tanpa kehadiran saya di sana...lebih kurang macam tu le..

Enough..enough...SKI macam mana sekarang?? harap2 dah kembali normal dan fokus kepada EXAM...EXAMMMMMMM yang semakin hari semakin hampir.
Buat anak2 di Tingkatan enam Atas...ketepikan masalah, problem yang lain..fokus pada STPM anda...THE POWER OF NOW...Usaha + Usaha + Usaha..sekarang..coz ia akan menentukan our future !jangan sampai anda buang masa..jangan sampai anda leka ..NOW is the time!! kalau tak buat sekarang..anda akan MENYESAL tak sudah!!
And Ingat kertas PP2 ( 2 + 1 pasti A)..target..okay..
Doa saya sentiasa bersama anda.

Panjang betul saya mengayat malam ni...mata tak mengantok plak..Okay le..dah nak tidor, esok kerje..

So selamat malam dan take care...

1 ulasan:

  1. Saya setuju dengan keputusan che Ana. Kalau boleh... rasanya nak ikut je Che Ana... biar penat... tapi yang penting pengalaman baru. Ya sangat berharga. Kita dapat banyak ilmu bila kita menerokanya....

    Jangan kata saya tak suka Che Ana... Entah lah, saya rasa macam kat sini tak da kebahagian. Semakin lama kerja, semakin bercelaru. Patutnya makin lama kerja, makin tersusun hidup... dek pengalaman yang menimbun... tapi saya rasa sebaliknya. Cita2 nak jadi cemerlang semakin berkubur nampaknya...

    Teruskan.... kerjaya mu. Mana lah tau... saya perlu kepakaran yang ana da.... saya mungkin akan perlukan bantuan ana nanti...

    BalasPadam