KELUARGA CIKGU CHE ANA

Stick Figure Family at FreeFlashToys.com

Selasa, 1 September 2009

BACK TO NORMAL..

ﻪﺘﺎﻜﺮﺒﻮﷲﺍﺔﻤﺤﺭﻮﻡﻜﻴﻠﻋﻢﻼﺴﻠﺍ
Salam Kerinduan dan Kemesraan wat semua..

Hari ini sudah masuk hari ke-11 kita menjalani ibadah puasa..dah semalam anak2ku sudah pulang ke tempat mereka menimba n menagih ilmu dan keadaan di rumah dah back to normal..seperti sediakala..hanya tinggal, hubby, anis dan saya...seminggu abang dan kakak berpuasa di rumah..dan seperti selalunya, bila nak balik ke hostel masing2 liat dan berat aje..ejat(abang) nampak benar ketidakrelaan dia untuk pulang ke hostel.hinggakan nak suruh gunting rambutpun, dia dah menunjukkan reaksi yang protes..puas pujuk, akhirnya dia akur..dan pulang ke hostel dengan rambut yang agak pendek..selepas bersahur McD di LCCT. atas permintaan anak2..Balik dari hantar ejat..lepak..Petangnya plak hantar kakak. KL agak lengang esp today..31st August (Hari Kemerdekaan ke 52). Atin (kakak) okay aje sepanjang perjalanan ke Hentian Putra. Mara Liner datang tepat jam 4.30 petang. Ada beberapa orang pelajar SSBP dalam bus. So tak le risau sangat untuk melepaskan dia pulang coz arrival time pada malam hari. Malam tadi dia called, sampai jam 10.30mlm.,berbuka puasa di RnR Machap Baru. Lega.....

Semalam kita orang berbuka puasa di Jeram, K Selangor. rumah kakak ipar..sempat singgah kat Pasar Ramadhan SKI.jumpa le..beberapa pelajar n ex pelajar yang berada di situ..sempat bertegur sapa..dan seperti biasa awal bulan..berkunjung ke rumah cikgu Mazlan..bayar / hantar duit KUTU..

Ceria aje suasana di SKI..seronok dapat jumpa muka2 yang dikenali..Suzikal; usahawan muda tekun berniaga, Yatt seperti biasa lincah n ramah bertegur sapa..Raja n the Geng..usahawan air dan beberapa orang yang tak ingat nama (X ngajar mereka) tapi mereka tegur..malu alah..beli lah juga makanan yang dijual..bawa pegi ke rumah kakak ipar. mesti abis coz ramai orang...alhamdulillah....syukur nikmat diberi rezeki untuk dikongsi dengan yang lain2.

Pagi ini datang ke tempat kerje dengan semangat n keadaan yang arap2 lebih positif. Sebenarnya keadaan diri tak berapa (100%)..myself.

Okay le..got to go now!..see u later n take care...
Salam sayang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan